Bekam merupakan pengobatan tertua dari zaman dahulu. Rasulullah SAW pun merekomendasikan pengobatan dengan cara berbekam. Para ahli pengobatanpun terkesima dengan mempraktekan dan ada yang memodifikasinya. Situs Bekam medis KelapaGading adalah persembahan Rumah Sehat TheraAfiat untuk pembaca semua. Beralamat di d/a Apotek Iqro, Lantai 2. Jl. Seruling Blok F No.32, KelapaGading, Jakut. Untuk info hubungi WA/Telp. 08111494599 WA 081542391884 (STPT No: 001/2.60.0/31.72.06.1001/-1.779.3/2015)
Selasa, 07 Januari 2020
Hypertensive Crisis VS Bekam
"HYPERTENSIVE CRISIS" VS BEKAM
"Hypertensive crisis" secara ringkas adalah tentang peningkatan tekanan darah sistolik (bacaan atas) 180 mmHg & keatas dan diastolik (bacaan bawah) 120 mmHg & keatas dan berpotensi tinggi untuk menyebabkan strok atau kerosakan organ² yg lain. Pada tahap bacaan tekanan darah ini, pembuluh² darah amat berisiko untuk pecah dan berupaya mengancam nyawa pesakit. "Hypertensive crisis" terbahagi kepada "hypertensive urgency" dan "hypertensive emergency" . "Hypertensive urgency" adalah satu kondisi di mana tekanan darah terlalu tinggi dgn gejala ringan atau langsung tiada gejala tanpa adanya bukti kerosakan organ sasaran tertentu. Manakala "hypertensive emergency" adalah satu kondisi yg amat bahaya di mana tekanan darah terlalu tinggi berserta dengan petunjuk/bukti kerosakan organ² sasaran seperti sesak nafas, sakit dada, keliru, hidung berdarah, hilang penglihatan, sawan, hilang kesedaran(loss of consciousness) dsbnya.
Menurut perubatan konvensional, apabila tekanan darah mencecah 180/120 mmHg dan keatas, samada ia dlm kategori "hypertensive urgency" atau "hypertensive emergency" pesakit harus dibawa segera ke hospital untuk pemantauan rapi dan penurunan tekanan darah berperingkat. Berdasarkan beberapa kajian, penurunan darah secara mendadak lebih 25% dlm masa sejam umpamanya boleh menyebabkan TIA (Transient Ischemic Attack) atau strok ringan. Oleh sbb itulah pesakit selepas diberi ubatan bersesuaian, dinilai kadar penurunan tekanan darah secara berperingkat dan dipantau dengan rapi sepanjang hari di hospital. Atas dasar inilah maka terdapat larangan keras agar bekam darah tidak dilakukan kerana dipercayai boleh menurunkan tekanan darah secara mendadak. Sebenarnya hal ini tidak semestinya berlaku kecuali bekam darah dilakukan dengan cara tidak berhemah seperti melakukan tusukan pisau yg agak dalam dan penggunaan cup yg maksima sehingga mengeluarkan terlalu banyak darah. Penelitian saya dan beberapa org rakan terhadap beberapa kajian saintifik mendapati kebanyakan bekam darah yg dilakukan hanya menurunkan sekitar 8.7 - 9.7 mmHg tekanan darah sistolik pada satu² masa secara purata iaitu terlalu kurang drp 25%, bermakna ia tidak turun secara drastik jika dilakukan secara betul.
Pengurangan sejumlah volume darah sememangnya boleh menurunkan sejumlah tekanan darah untuk sementara. Namun penurunan mendadak dlm masa yg singkat boleh membahayakan nyawa pesakit. Saya juga ingin mengajak pembaca melihat pada sisi yg lain. Ada beberapa pendapat mengatakan bhw tekanan negatif & tusukan jarum bekam juga berupaya meningkatkan sejumlah tekanan darah utk sementara apabila sejumlah persepsi kesakitan terhasil, terutama kpd mereka yg mempunyai "pain treshold" yg rendah atau dalam keadaan emosi tertekan. Jika dilakukan bekam darah pd kes "hypertensive urgency" dikhuatiri peningkatan tekanan darah berterusan boleh menyebabkan "hypertensive emergency" yg boleh membawa maut. Saya fikir ini juga menjadi antara kebimbangan kenapa bekam darah tidak digalakkan utk kes seperti ini. Untuk lebih selamat saya mencadangkan agar bekam darah dilakukan pada peringkat awal lagi, bukannya pada tahap di mana nyawa pesakit sudah berada di hujung tanduk. Ada lebih 10 kajian saintifik membuktikan bekam boleh mengawal tekanan darah tinggi tahap 1 & tahap 2 dengan berkesan terutama dengan kombinasi senaman secara regular, pengurangan berat badan berlebihan, pengurangan garam & lemak dalam diet, rehat atau tidur mencukupi, pengambilan diet seimbang & tinggi antioksidan, berhenti merokok dsbnya.
Saya mengerti ada pertembungan di antara keyakinan, iman dan perkongsian fakta atau kajian saintifik drp pengkaji/ saintis. Namun terserah kpd pengamal bekam sendiri samada mahu mengambil risiko atau menurutkan saja keyakinan hati secara membuta tanpa rujukan bersesuaian.
Medic Sabri
Ref:
1. Hypertensive crisis
Maria Alexandra Rodriguez, Siva K Kumar, Matthew De Caro
Cardiology in review 18 (2), 102-107, 2010
2. Hypertensive crisis: hypertensive emergencies and urgencies
Monica Aggarwal, Ijaz A Khan
Cardiology clinics 24 (1), 135-146, 2006
3. Advances in the pathogenesis and management of hypertensive crisis
Hiren P Patel, Mark Mitsnefes
Current opinion in pediatrics 17 (2), 210-214, 2005
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar